Followers

Wednesday, July 4, 2012

Cinta bagiku....

sering kali aku terfikir...
mengapa hati tiada rasa untuk bercinta lagi...
mungkin kerana sejarah lalu yang pahit...
atau bagiku itu semua sekadar membuang masa...


puas sudah aku cuba membuka hati...
namun yang aku mampu sekadar menyayangi...
kalau mahu lebih dari itu...memang tidak mungkin...
bagiku, cinta sebuah kata-kata atau perasaan yang sekadar lalu...


mungkin bagiku...sudah puas merasa cinta...
hanya untuk peneman tatkala diriku bosan....
dan peneman itulah yang aku panggil cinta....
sekadar wanita yang bersilih ganti tetapi ku panggil dengan nama yang sama...
CINTA...


lalu telah tiba suatu masa...
aku tersedar di dalam pencarian...
telah ku jumpa maksud tujuan...
apa yang aku mahu bagi memenuhi hati...


aku tahu maksud hati ku...
aku rasa keinginannya...
aku nampak tuju arahnya...
aku merasa segala nafsu nafsi yang terpendam...


tiba masa aku mengorak ke tempat yang lebih tinggi...
meneruskan pencarian dan jangan berhenti...


bye bye semua aku lafazkan...
aku mahu ke lapang idaman...
kerana aku tahu ia ada di sana....

No comments:

Post a Comment