Followers

Saturday, March 26, 2011

Kisah Sebuah Pengajaran


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...

Sebuah Doa Untuk Kita Bersama...

Doa Minta Jodoh


Tak salah jika anda untuk berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.

Ya lah kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.

Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….

Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…

Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…

Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..

jumpe kt tenet....ok nie kn? huhu...love u...muah!

Saturday, March 12, 2011

Hadir Mu Itu Membawa Tawa...

aq melihat dlm dirimu...
saat kau menjelma aq suka...
kehadiran mu memberikan makna dlm diriku...

bila aq menolah lalu kau pun muncul...
slm sapaan lalu bergurauan...
xkan ku lupa...langkah pertama mu ke arah pertumuan itu...

dalam kasih aq tersedar....
ku ingin berubah...
manjadi yg lebih baik dan memberikan yg terbaik...
agar senyuman mu tak lekang dri bibir yg cute i2...

syg aq cinta...
syg aq rindu...
akhir kalam yg aq noktahkn...
I Love You....

Bila Seri Di Dalam Hati.... :D


Kau Yang Bernama Seri 

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati

Biarpun hanya seketika
Biarpun bukan selama-lama
Sekali sudi kau menerima
Sejuta kali ku 'kan setia

Sekali bumi beredar
Mentari terbit di ufuk dunia
Bintang di angkasa
Masih bernafas di dada
Selagi itu kau kucinta

( korus )
Inilah janjiku
Insan yang mengenal erti
Sepi yang tiada sepi, sepi lagi
Tinggal kau harapan
Satu-satunya sandaran
Jalan ku pulang ke jalan yang terang
Seri, aku merayu
Pada kau yang bernama Seri

( ulang korus 2X )

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati
Darimu Seri

Hanya kau kekasihku
Yang bernama... Seri...
Seri...


Wednesday, March 2, 2011

Mengapa Aku Pergi..

di saat aq mula semakin rapat dan mesra dgn mu...
aq pergi...tp aq lakukan demi kebaikan mu..
dalam aty ku tiada niat ntok berjauhan cume itu yg terbaik...

bukan ku yang mahu menyepi..
cume aq terpaksa bila keadaan tidak memberi pilihan..
ku cme berharap kau damai bersama teman mu di sana...

aq memilih ntuk berundur diri bil ku jelas tiada mungkin kita bersama...
aq tak mahu kau bersedih...
aq hanya mampu melihat..aq hanya mendengar...
tapi tak mampu ntuk terus begini...

tidak walau sekali pon aq ingin kau membaca tulisan ku ini...
aq hanya meluahkan pada sesiapa yg sudi mendengar...
kecuali dirimu...
aq menulis apabila ku sudah pasti kau tidak mungkin berkunjung ke laman tulisan ku ini...
ada pepatah mengatakan...menyayangi tak semestinya memiliki...
sedar lah oleh mu...akan sebab ku pergi...
jwpn pemergianmu ada di dalam aty ku...
dan aq pasti ko jgak taw kerna apa aq pergi...

layanan ku yg kasar bru2 ini...
memg aq sengaja...aq sengaja...
agar hilg aq dri aty mu...
kerna kita tahu...tiada mgkin kita kan bersama...

bila Dia yg menemukan kita...
aq bersyukur...
walau tiada jodoh antara kita...aq tetap bersyukur bial ku dapat kenali...
isi hati budimu yg comel itu...
dri jawoh aq berdoa...agar kau bahagia....