Followers

Monday, May 9, 2011

Belasungkawa untuk keluarga Tok Long

jam 3 pg td...seorang saudara ku (Hj. Durakim Marja) telah pon menghembuskan nafas yang terakhir di rumah beliau Sg.Nibong, Semerah. Beliau yang merupakan abang sulung (seibu sebapa) kepada arwah datuk ku (Hj. Kamit Marja) merupakan orang lama di kampung tersebut. Dilahirkan di Indonesia sebelum berhijrah ke Malaysia bersama kedua moyangku ketika masih lagi kecil. Umur Tok Long ku anggarkan sekitar 90thn da masih lagi gagah untuk berjalan dan melakukan aktiviti hariannya seperti berehat di amben(anjung) rumah dan menggulung rokok daun kegemarannya. Pemergian beliau suatu kejutan buat kami seluruh keluarga. Amat aku terasa ketika hendak dikebumikan di tanah perkuburan kerana aku sangat merindui arwah atok ku. Lebih-lebih lagi tanah perkuburan yang sama dengan arwah atok n nenek menambahkan pilu yang terasa. Bacaaan talkin yang memecah keheningan, dan tangisan ahli keluarga yang terdekat betul-betul memilukan hati ku.

Walau bagaimanapun, itulah kehidupan. Tiada yang kekal dan sentiasa berubah. Patah tumbuh hilang berganti. Menyedari bahawa dunia ini hanyalah sementara haruslah sentiasa terpahat di dalam ingatan. Ingatlah kematian dan ambillah iktibar atas segala yang berlaku. Amalan yang baik harus diselalukan dan taubat tidak harus dilupakan. Kita hanya hamba, doa dan usaha adalah tugas kita.

Khatimul kalam, jangan bersedih untuk apa yang sudah tiada. Doa lah yang kita selalu sedekahkan. Doa lah hadiah terbaik yang mampu kita beri disaat jasadnya sudah tertanam. Teruskan hidup ini dengan menghargai apa yang ada di depan mata, kerana selagi izrail belum memanggil, menjadi kewajipan untuk kita sujud kepada-Nya.

Al-Fatihah, minta disedekahkan kepada arwah tok long, arwah atok n arwah nenekku...terima kasih...

No comments:

Post a Comment